MEMBERI cuti berbayar dua hari untuk meneroka budaya di Singapura, mengadakan program mentoring antara warga tua dengan belia, serta memperkenal subjek berasaskan kemahiran seperti memasak atau menjahit seawal di sekolah rendah.
Itulah antara saranan yang dikongsi 136 relawan akar umbi, rakan kongsi dan penduduk GRC Marsiling-Yew Tee yang menghadiri satu sesi pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura semalam.





