Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kanan), bertemu dengan para pemimpin perniagaan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 20 Oktober bersama Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (dua dari kiri) dan Menteri Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (Tenaga dan Perusahaan), Dr Tan See Leng (tiga dari kiri).
SingapuraOct 21, 2026 | 4:51 PM

PM Wong: S’pura, UAE boleh tingkat usaha hubungkan perniagaan, pelabur

Singapura dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai ruang untuk memperluas kerjasama menjangkaui perkongsian antara pemerintah, di samping memperkukuh hubungan antara perniagaan dengan pelabur dua negara itu, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran media sosial selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan dari UAE di Abu Dhabi pada 20 Oktober, sempena lawatan rasmi beliau ke negara...

Dalam jenis penipuan ini, mangsa lazimnya akan menerima mesej WhatsApp daripada penipu yang menyamar sebagai ahli keluarga, rakan, rakan sejawat atau kenalan mereka, yang memohon bantuan kewangan.
SingapuraOct 21, 2026 | 6:17 PM

Akaun Whatsapp digodam: $249,000 lesap dalam 1½ bulan

Jika anda menerima mesej WhatsApp daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga atau rakan anda, dan kemudian meminta anda memindahkan wang, anda perlu berhati-hati.

Sekurang-kurangnya $249,000 telah lesap dalam tempoh kira-kira satu setengah bulan kepada penipu yang mengambil alih akaun WhatsApp dan menyamar sebagai pemilik akaun untuk meminta pinjaman atau bantuan kewangan, kata polis dalam satu kenyataan pada 21 Oktober.

pelajar pengajian tinggi, tiga mentor, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Mohamed Feroz Mohamed Akber, lawatan pembelajaran, Shenzhen dan Guangzhou
SingapuraOct 21, 2026 | 5:43 PM

Mendaki bawa 17 pelajar IHL teroka teknologi baharu di China

Seramai 17 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian tinggi (IHL) telah menyertai lawatan pembelajaran anjuran Yayasan Mendaki ke Shenzhen dan Guangzhou, China, dari 12 hingga 16 Oktober.

Program yang dianjurkan Mendaki buat julung kalinya itu bertujuan memberi pelajar pendedahan langsung kepada perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), robotik dan teknologi baharu.

Perbicaraan, Hyflux, Olivia Lum,
SingapuraOct 21, 2026 | 5:24 PM

Perbicaraan Hyflux diteruskan; Olivia Lum, 5 yang lain tidak mohon ‘tiada kes untuk dijawab’

Pengasas Hyflux, Olivia Lum, dan lima defendan bersama tidak akan memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah mereka.

Mereka memutuskan untuk tidak mengemukakan hujah “tiada kes untuk dijawab” bagi memohon pembebasan selepas pihak pendakwa menutup kesnya.

Morgan Stanley Capital International (MSCI) mengumumkan pada 15 Oktober pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menurunkan kelas Indonesia daripada ‘pasaran pesat membangun’ (emerging market) kepada 'pasaran berdiri sendiri’ (standalone market) pada 2027.
DuniaOct 21, 2026 | 5:23 PM

Ketua Bursa Saham Indonesia pertahan MSCI selepas dakwaan mantan menteri mengenai campur tangan S’pura

JAKARTA: Ketua Bursa Saham Indonesia (IDX) mempertahankan kebebasan penyedia indeks antarabangsa Morgan Stanley Capital International (MSCI) selepas mantan menteri perdagangan Indonesia menuduh Singapura merancang untuk menjatuhkan harga saham Indonesia.

Presiden Pengarah IDX, Encik Jeffrey Hendrik, berkata pada 20 Oktober bahawa penyedia indeks beroperasi secara bebas, mengulas dakwaan mantan Menteri Perdagangan, Encik Muhammad Lutfi, bahawa Temasek dan dana kekayaan negara Singapura,...

M’sia, undang-undang, jerebu rentas sempadan 
MalaysiaOct 21, 2026 | 4:58 PM

M’sia terbuka gubal undang-undang jerebu rentas sempadan seperti S’pura

KUALA LUMPUR: Malaysia terbuka untuk menggubal undang-undang bagi menangani pencemaran jerebu rentas sempadan seperti yang dilaksanakan Singapura.

Namun ia akur, kesukaran mendapatkan bukti mencukupi untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap kebakaran masih menjadi cabaran utama.

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video