Dalam jenis penipuan ini, mangsa lazimnya akan menerima mesej WhatsApp daripada penipu yang menyamar sebagai ahli keluarga, rakan, rakan sejawat atau kenalan mereka, yang memohon bantuan kewangan.
SingapuraOct 21, 2026 | 6:17 PM

Akaun Whatsapp digodam: $249,000 lesap dalam 1.5 bulan

Jika anda menerima mesej WhatsApp daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga atau rakan anda, dan kemudian meminta anda memindahkan wang, anda perlu berhati-hati.

Sekurang-kurangnya $249,000 telah lesap dalam tempoh kira-kira satu setengah bulan kepada penipu yang mengambil alih akaun WhatsApp dan menyamar sebagai pemilik akaun untuk meminta pinjaman atau bantuan kewangan, kata polis dalam satu kenyataan pada 21 Oktober.

Pembayar cukai yang sengaja membuat tuntutan palsu boleh dikenakan cukai tambahan dan penalti sehingga tiga kali ganda jumlah cukai yang terkurang dibayar, selain berdepan denda sehingga $10,000 atau hukuman penjara sehingga tiga tahun jika didakwa di mahkamah, menurut Iras.
SingapuraOct 21, 2026 | 8:03 PM

Iras: Pembayar cukai perlu elak buat tuntutan palsu, tidak tepat

Pembayar cukai diingatkan agar tidak membuat tuntutan palsu, tidak tepat atau tanpa bukti bagi perbelanjaan berkaitan pekerjaan, seperti kos makanan peribadi, bil telefon peribadi dan tambang pengangkutan awam bagi perjalanan antara rumah dengan tempat kerja, menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).

Dalam kenyataan pada 21 Oktober, Iras berkata ia sedia maklum tentang penyebaran maklumat mengelirukan yang menggalak pembayar cukai membuat...

Presiden Tharman, lawatan ke Sweden, ‘pembina jambatan’,  cabaran sejagat
SingapuraOct 21, 2026 | 7:54 PM

Presiden Tharman: Setiap negara perlu jadi ‘pembina jambatan’ demi tangani cabaran sejagat

Negara-negara mesti bertindak sebagai “pembina jambatan” untuk menyatukan pelbagai rantau, merapatkan jurang perbezaan antara negara maju dengan negara membangun, serta mengekalkan kerjasama antara Amerika Syarikat dengan China, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di Sekolah Ekonomi Stockholm di Sweden pada 20 Oktober, di mana beliau memberi amaran bahawa dunia berisiko menjadi semakin berpecah-belah tanpa kerjasama antarabangsa...

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kereta naik dalam pembidaan terbaharu selepas merosot dalam dua pusingan sebelumnya.
SingapuraOct 21, 2026 | 7:04 PM

Harga COE Kategori A naik kepada $132,004; Kategori B naik kepada $131,901 

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) naik sedikit dalam tender pada 21 Oktober. Harga Kategori A, untuk kereta lebih kecil dan kurang berkuasa serta kenderaan elektrik (EV), naik 1.5 peratus daripada $130,001 kepada $132,004.

Harga Kategori B, yang digunakan untuk mendaftar kereta dan EV yang lebih besar dan berkuasa, naik 1.4 peratus daripada $130,100 kepada $131,901.

Berucap sewaktu  Persidangan Ketakmampuan Bayar Singapura pada 21 Oktober, Menteri Undang-Undang, Encik Edwin Tong, berkata proses pengurusan kehakiman sejak ia diperkenalkan 40 tahun lalu di Singapura tidak selalu memenuhi tujuannya. Ia termasuklah menyelamatkan perniagaan terjejas yang masih berdaya saing, serta memelihara nilainya.
SingapuraOct 21, 2026 | 6:25 PM

S’pura kemas kini rangka kerja penstrukturan, ketakmampuan bayar bagi perkukuh ekonomi, perniagaan

Pemerintah bakal meminda Akta Ketakmampuan Bayar (Insolvency), Penyusunan Semula, dan Pembubaran 2018 (Irda) bagi memperjelaskan bahawa pengurusan kehakiman merupakan satu proses pemulihan, dengan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang berkenaan di Parlimen dijadualkan pada akhir 2026 atau awal 2027.

Sewaktu berucap di Persidangan Ketakmampuan Bayar Singapura pada 21 Oktober, Menteri Undang-Undang, Encik Edwin Tong, berkata proses pengurusan kehakiman sejak ia diperkenalkan...

pelajar pengajian tinggi, tiga mentor, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Mohamed Feroz Mohamed Akber, lawatan pembelajaran, Shenzhen dan Guangzhou
SingapuraOct 21, 2026 | 5:43 PM

Mendaki bawa 17 pelajar IHL teroka teknologi baharu di China

Seramai 17 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian tinggi (IHL) telah menyertai lawatan pembelajaran anjuran Yayasan Mendaki ke Shenzhen dan Guangzhou, China, dari 12 hingga 16 Oktober.

Program yang dianjurkan Mendaki buat julung kalinya itu bertujuan memberi pelajar pendedahan langsung kepada perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), robotik dan teknologi baharu.

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video