SATU tatakelakuan yang menggariskan amalan terbaik bagi penyedia skim 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) diperkenalkan pada Khamis (10 Okt) berikutan perbincangan selama tujuh bulan dalam kalangan pemain industri. Kod itu dimulakan berikutan kebimbangan bahawa pilihan pembayaran itu boleh menimbulkan masalah hutang kepada orang ramai memandangkan BNPL membenarkan pengguna menangguhkan pembayaran ke atas barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membayar kadar faedah....





