Ketika mendapat tahu bakal menjadi salah seorang pengacara bagi rancangan nyanyian realiti, Anugerah 2026, perasaan teruja menyelubungi diri penyiar radio Mediacorp Ria 897, Fadli Kamsani.
Ini kerana kali terakhir beliau diberi kesempatan untuk mengendalikan rancangan televisyen secara langsung adalah pada 2021 bagi pertandingan mencipta lagu, Projek Lagu.





