Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang menguji teknologi medan perang baharu dan memperhalusi cara askarnya beroperasi menerusi latihan luar negara sepihak terbesarnya, sedang ia menyesuaikan diri dengan tuntutan peperangan moden yang berubah-ubah.
Dalam Latihan Wallaby (XWB) 2026, SAF sedang menilai keupayaan seperti sistem tanpa pemandu, komunikasi medan perang dan teknologi menentang dron bagi meneliti bagaimana keupayaan tersebut boleh disepadukan dalam operasi.





