Sejenis sistem penghasilan tenaga baru yang memanfaatkan kombinasi tenaga suria, angin dan pasang surut, mungkin akan dibangunkan di sini.
Keppel Infrastructure, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menjalankan satu kajian bersama tentang kebolehlaksanaan membangunkan sistem tenaga hibrid yang boleh diperbaharui di Singapura, kata mereka hari ini. (27 Oktober)





