Kesemua lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di Singapura, seperti Google Play dan Apple App Store, telah melaksanakan langkah keselamatan asas dengan menetapkan proses jaminan asas bagi mengenal pasti usia.
Ini termasuk mekanisme pengesahan usia – seperti kaedah pengesahan kad kredit, Singpass atau kad pengenalan dan pengesahan emel – demi memastikan langkah secukupnya diambil untuk melindungi golongan muda...





