Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah memadam 65 aplikasi yang didapati mempunyai kandungan tidak sesuai atau berbahaya untuk orang awam.
Aplikasi tersebut ditawarkan di lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di Singapura telah dikesan IMDA dalam satu usaha audit aplikasi, menurut Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) bagi D-ADS, yang julung-julung kalinya diterbitkan pada 24 Oktober.





