KUALA LUMPUR: Melihat ada segelintir rakan artis terkandas di pertengahan jalan untuk kekal istiqamah berhijab, mengundang rasa simpati dalam diri penyanyi hip-hop sensasi, Zizi Kirana, 37 tahun.
Enggan menghakimi keputusan diambil orang lain, sebaliknya Zizi meminta masyarakat agar tidak memberi tekanan dan terus memanjatkan doa pintu hati mereka dibuka semula untuk berhijab.





