PROGRAM Diploma Perantisan Hotel (HA-DiP) baru telah dilancarkan untuk melengkapkan pencari kerja dan individu yang ingin menukar kerjaya dalam bidang perhotelan dengan lebih cepat sambil memperoleh kemahiran dan pengetahuan industri yang berkelayakan.
Ini menyusuli sebuah majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC)...





