Indonesia mempertahankan pengurangan eksport gas selepas Singapura menyuarakan kebimbangan, sambil menegaskan bahawa Indonesia tidak akan membiarkan negara itu diceramah tentang menghormati kontrak, dan pengurangan tersebut tidak melanggar perjanjian semasa.
Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, berkata pada 26 Oktober bahawa eksport gas melalui saluran paip dikurangkan sebanyak 31 juta kaki padu standard sehari, atau kira-kira 8 peratus...





