TERIMA ANUGERAH: Cik Qistina Muhamad Ja'afar merupakan antara penerima anugerah guru di Majlis Penyampaian Biasiswa Guru anjuran MOE di Orchard Hotel Singapore semalam. Beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang bahasa dan sastera Melayu di NTU-NIE dan akan menjadi guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) kelak.
SingapuraAug 5, 2022 | 5:30 AM

Keindahan sastera Melayu dorong cita-cita jadi guru bahasa

SEMASA kali pertama meneroka mata pelajaran sastera Melayu di maktab rendah (JC), Cik Qistina Muhamad Ja'afar mendapati dirinya sukar menikmati subjek itu kerana ia berbeza daripada sastera Inggeris yang dipelajari di sekolah menengah sebelum ini.

Namun lama-kelamaan, beliau mula jatuh cinta dengan keindahan sastera Melayu selepas membaca pelbagai cerpen dan sajak yang memberikan pengajaran kehidupan dan pengetahuan lebih mendalam tentang...

Lelaki itu sedang dalam perjalanan bersama lima orang teman di dalam kenderaannya apabila mereka diarahkan untuk menjalani pemeriksaan yang dipertingkatkan di Zon Kargo Ketibaan.
SingapuraOct 6, 2026 | 9:20 PM

Lelaki dirujuk pada polis selepas buat kenyataan tentang bom di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki dirujuk kepada polis pada 4 Oktober selepas dia didakwa membuat kenyataan mengenai bom di dalam kenderaannya kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam satu hantaran Facebook pada 6 Oktober, ICA menyatakan bahawa lelaki warga Singapura berusia 35 tahun itu sedang dalam perjalanan bersama lima rakan di dalam kenderaannya apabila mereka diarahkan untuk...

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS Group, Cik Tan Su Shan (kiri), dan pengasas bersama saluran media pendidikan, ‘Just Keep Thinking’, Cik Kong Man Jing, masing-masing dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Wanita Her World 2026 dan Anugerah Pencapaian Wanita Muda Her World 2026 pada 6 Oktober.
WanitaOct 6, 2026 | 9:00 PM

Tokoh perbankan, alam sekitar dinobat penerima anugerah Her World

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita sulung DBS Group, Cik Tan Su Shan, mencipta sejarah apabila memimpin bank itu ke kedudukan dalam kalangan 20 bank terbesar di dunia.

Lebih membanggakan, sumbangan Cik Tan, 58 tahun, tidak terbatas kepada dunia perbankan, kata majalah Her World, dalam satu kenyataan pada 6 Oktober.

kawalan sewa F&B, perundingan pajakan komersial, industri makanan dan minuman
SingapuraOct 6, 2026 | 8:49 PM

Pemerintah tiada hasrat kuat kuasa kawalan sewa premis niaga F&B

Pemerintah tidak berhasrat menguatkuasakan kawalan sewa premis perniagaan kerana langkah sedemikian boleh memberi gambaran salah terhadap harga pasaran serta mengurangkan bekalan ruang perniagaan bagi sektor makanan dan minuman (F&B) tempatan.

Sebaliknya, pemerintah menumpukan usaha menambah baik persekitaran pajakan demi memastikan perundingan yang adil antara pemilik premis dengan penyewa, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.

pusat data Singapura, kecekapan air, undang-undang infrastruktur digital
SingapuraOct 6, 2026 | 8:18 PM

Pusat data utama mungkin perlu patuh syarat kecekapan air ditetapkan

Pusat data utama di Singapura berkemungkinan dikehendaki memenuhi syarat kecekapan air yang ditetapkan oleh pemerintah apabila sektor itu dan teknologi penyejukan berkembang, di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan di Parlimen.

Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital, yang dibaca buat kali kedua di Parlimen pada 6 Oktober, menetapkan piawaian keselamatan dan ketahanan asas bagi infrastruktur digital utama di Singapura.

Amla, Pasangan Islam, Talak Tafwidh, SYC 
SingapuraOct 6, 2026 | 7:55 PM

Pindaan Amla kurangkan beban pentadbiran, emosi pasangan bercerai

Pasangan Islam yang bersetuju untuk bercerai secara Talak Tafwidh – iaitu apabila suami menyerahkan kuasa talak kepada isteri – berpotensi menjimatkan tempoh proses perceraian sekurang-kurangnya enam bulan.

Pindaan yang dicadangkan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) pada 6 Oktober bakal memberi Mahkamah Syariah (SYC) kuasa untuk mengecualikan pelantikan hakam sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai dan mahkamah menganggapnya tidak diperlukan.

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video