DI Singapura, aplikasi LifeSG boleh digunakan oleh warga Singapura untuk mendaftarkan kelahiran seorang anak dan memohon bagi skim Baby Bonus.
Menurut Setiausaha Tetap Kedua Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital, Encik Chng Kai Fong, aplikasi itu merupakan salah satu cara negara ini memanfaatkan teknologi digital untuk membantu rakyat dengan tugas-tugas pentadbiran harian mereka.





