DENGAN keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' yang dianggapnya "teruk", Encik Hamzah Kamaruddin, berkata ia suatu "keajaiban" beliau diterima masuk ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Dengan gred dua D, satu C dan satu B pada sijil keputusan GCE 'A' nya, bekas pelajar Maktab Rendah Pioneer dan Sekolah Menengah Kranji itu cuba nasib memohon bagi mengikuti kursus Sains Bahan...





