KELAB Masyarakat (CC) Siglap baru menampilkan rangkaian kemudahan lengkap yang menarik dan berkonsepkan maklum balas daripada penduduk.
Ini termasuk gelanggang futsal dengan rumput buatan atau astroturf, di tingkat lima bangunan itu, dewan serbaguna yang mengandungi tiga gelanggang badminton dengan lantai dibuat daripada getah, tempat main boling, gelanggang bola keranjang yang berteduh dan studio kulinari dan memasak yang pertama.





