MEREKA yang terkilan tidak dapat melancong buat sekian lama kini boleh mendapatkan tawaran-tawaran istimewa di pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas), yang kembali dengan edisinya yang ke-56 selepas dua tahun menyepi.
'Cuti-cuti Natas 2022' akan berlangsung mulai Jumaat hingga Ahad ini di Dewan 5 Singapore Expo.





