PADA mulanya beliau terkejut juga menjadi sensasi semalaman tetapi Encik Mohd Azuan Tan berharap detik itu dapat menjadi pengajaran dan peluang baginya meningkatkan kesedaran terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta membawa lebih bantuan kepada mereka.
Begitulah sentimen yang bermain dalam sanubarinya ketika digambarkan berlinangan air mata semasa menyanyikan lagu kebangsaan Majulah Singapura di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kelmarin.





