SEOUL: Sekurang-kurang lapan orang maut selepas hujan lebat mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan jalan raya dan serta terowong kereta api bawah tanah tenggelam di kawasan metropolitan pada Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa kelmarin, di bahagian selatan Seoul, hujan direkodkan lebih 100 milimeter (mm) sejam pada lewat semalam dengan beberapa kawasan lain di bandar terbabit menerima hujan sebanyak 141.5mm.





