PENGARANG bahasa Cina terkenal Tham Yew Chin dan suami beliau, Encik James Lim, telah menghadiahkan $500,000 kepada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi memupuk pelajar generasi masa depan dalam pengajian Cina.
Lebih dikenali dengan nama penanya You Jin, Cik Tham juga akan menyumbangkan 206 bukunya kepada Perpustakaan Cina NTU.





