Selaras dengan pemansuhan itu, beliau berkata pemerintah akan mengambil langkah melindungi perkahwinan, kerana mengikut undang-undang, perkahwinan seperti yang ditakrifkan sekarang boleh dicabar atas alasan perlembagaan di mahkamah, sama seperti bagaimana Seksyen 377A telah dicabar.
Encik Shanmugam berkata untuk mengelakkan perkara itu, pemerintah merancang untuk menyatakan secara jelas dalam Perlembagaan bahawa Parlimen boleh mentakrifkan institusi perkahwinan mengikut cara yang telah ditakrifkan...





