JAKARTA: Indonesia menegaskan bahawa rancangan mengeksport sehingga tiga gigawatt (GW) elektrik bersih ke Singapura mungkin tidak diteruskan dalam masa terdekat.
Ini kerana keperluan tenaga domestik perlu diutamakan, selain menegaskan bahawa sebarang penjualan mesti mengikut harga yang ditetapkan Jakarta.





