INDONESIA dan Singapura telah memulakan usaha menyediakan bayaran kod Respons Pantas (QR) atau pautan kod QR rentas sempadan antara kededua pihak, sebagai sebahagian usaha mempermudah pembayaran dalam kalangan anggota negara Asean.
Dalam satu kenyataan bersama, Bank Indonesia (BI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata keterkaitan pembayaran antara Indonesia dan Singapura ini akan memperkasakan individu dan perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, syarikat...





