DUBAI: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa terbunuh di Amiriah Arab Bersatu (UAE) selepas hujan lebat di luar musim mengakibatkan banjir kilat di kawasan yang lazimnya kering kontang.
Ketua pusat operasi Kementerian Dalam Negeri, Ali al-Tunaiji, berkata sekurang-kurangnya enam penduduk tempatan berketurunan Asia ditemui maut akibat banjir kilat manakala seorang lagi mangsa adalah warga asing berketurunan Asia.





