Hampir tiga bulan selepas serangan pengganas pada 11 September 2001, rakyat Singapura dikejutkan dengan berita bahawa terdapat pengganas tempatan yang di kalangan mereka. Pada 9 Disember 2001, enam lelaki dari kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) diberkas oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), dengan penangkapan selanjutnya dilakukan antara 15 dengan 24 Disember 2001. Hasil operasi itu, ISD telah menyoal siasat seramai 23...





