JOHANNESBURG: Kajian awal saintis Afrika Selatan menunjukkan varian Omicron tiga kali lebih berkemungkinan menyebabkan jangkitan semula berbanding strain Delta atau Beta.
Penemuan itu berdasarkan data dikumpul sistem kesihatan negara, memberi bukti epidemiologi pertama mengenai keupayaan Omicron mengelak imuniti daripada jangkitan terdahulu.





