Usaha pemerintah untuk memulihara alam semula jadi membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan flora dan fauna secara tidak langsung telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitaran. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik yang sejak hampir dua tahun menghambat pergerakan rakyat daripada bercuti ke luar Singapura, kian ramai yang kini memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan seluruh pulau. Kumpulan-kumpulan pendaki...





