MESKIPUN negara ini kecil, Singapura bertuah melahirkan ramai tokoh dan pemimpin berwibawa yang gigih mencorak penakatan negara dan kemandirian anak bangsa. Antara mereka adalah mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Yatiman Yusof.
Presiden Halimah Yacob berkata demikian sempena pelancaran buku memoir Encik Yatiman, 'Perjalananku - Dari Desa ke Likuan Kota' di Taman Warisan Melayu semalam.





