LEBIH 300,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan dapat menempah janji temu vaksin Covid-19 mereka secara bertahap mulai minggu depan, sekiranya penghantaran dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty tiba di sini seperti yang dijadualkan.
Kegiatan vaksinasi itu akan bermula hujung Disember ini bagi kanak-kanak yang lebih tua di Darjah 3 hingga 5, dan kemudian untuk yang lebih muda pada awal 2022,...





