SEORANG lelaki berusia 21 tahun akan didakwa atas kesalahan membuat pos 'Insta-story' dengan niat sengaja menyakiti perasaan keagamaan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad (19 Dis), polis berkata ia telah menerima banyak laporan antara 7 hingga 8 Jun 2020 mengenai seorang pengguna Instagram yang "membuat komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh mencetus keganasan terhadap masyarakat Islam".






