SERAMAI 100,000 kakitangan pertubuhan penjagaan kesihatan awam yang terlibat dalam usaha memerangi Covid-19 akan menerima hingga $4,000 setiap seorang bagi mengiktiraf sumbangan dan kerja keras mereka. Ini termasuk semua kakitangan di hospital akut, hospital masyarakat, poliklinik, dan rumah jagaan warga emas. Pemberian yang dinamakan Anugerah Penjagaan Kesihatan Covid-19 itu diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Jumaat (5 Nov)....






