SINGAPURA dan Thailand bersetuju untuk berusaha ke arah membuka semula sempadan kededua negara bagi menyambung kegiatan perniagaan dan pertukaran antara rakyat.
Ini dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura, Encik Chee Wee Kiong, dan rakan sejawatannya dari Thailand, Encik Thani Thongphakdi, semalam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).






