SEBUAH pejabat baru telah ditubuhkan bagi merancakkan usaha pemerintah dalam bidang bon yang menyokong projek sekitaran, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Pejabat Program Bon Hijau di bawah Kementerian Kewangan (MOF), akan bekerjasama dengan badan-badan berkanun dan membangunkan rangka kerja untuk program bon yang menyokong projek berkaitan sekitaran.





