SEDANG dunia muzik tertekan dek pandemik Covid-19 yang meletakkan sekatan kepada persembahan dan acara live atau secara langsung, legenda muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip, mengorak langkah berani dengan melancarkan album penuh baru-baru ini.
Namun, meskipun akur bahawa langkah itu mengundang keresahan dalam jiwanya, penghibur veteran berusia 69 tahun itu berkata keputusan tersebut telah menyedarkan beliau mengenai perkara-perkara yang tidak...





