SETIAP kali adanya perbincangan mengenai isu perkauman, setiap orang sudah pun ada prasangka yang tertanam dalam diri masing-masing yang kadangkala tidak disedari oleh individu itu
Atas kesedaran itulah Cik Nazhath Faheema Nazeer Khan mengasaskan hash.peace pada Disember 2015, sebuah kumpulan sokongan diterajui belia, dengan tujuan memupuk keharmonian sosial merangkumi kaum, agama dan hal identiti kepelbagaian lain.





