LANGKAH pengurusan selamat akan dipertingkatkan di Little India menjelang perayaan Deepavali untuk mengelakkan kesesakan, kata pihak berkuasa semalam.
Lintasan pejalan kaki yang popular di persimpangan Campbell Lane dan Serangoon Road akan dimatikan antara 6 petang hingga 1 pagi pada 29 hingga 31 Oktober, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).





