Parti Pekerja (WP) membentangkan usul pada 4 Ogos mengenai masa depan ekonomi Singapura.
SingapuraAug 18, 2026 | 3:47 PM

PAP, WP terus telagah mengenai hala tuju ekon S’pura

Perdebatan antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Parti Pekerja (WP) berterusan dalam talian mengenai cadangan ekonomi WP berikutan ulasan mantan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Lee Yi Shyan.

Dalam hantaran Facebook pada 16 Ogos, Encik Lee berkata WP dilihat mengemukakan pendekatan ekonomi yang berbeza daripada pemerintah menerusi usul di Parlimen pada 5 Ogos.

Ketua Pegawai Operasi Fifa, Kevin Lamour, dipecat kurang tiga minggu selepas mengecam Presiden Gianni Infantino berhubung rancangan Fifa Forward Enterprise (FFE) yang mengundang bantahan.
SukanAug 18, 2026 | 3:34 PM

CEO Fifa dipecat selepas kecam Infantino

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Kevin Lamour, dipecat kurang tiga minggu selepas mengecam keras Presidennya, Gianni Infantino, berhubung rancangan yang dibatalkan untuk menjual pegangan dalam penganjuran Piala Dunia kepada pelabur swasta, menurut BBC Sport.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Fifa hanya mengesahkan bahawa “hubungan kerja Fifa dengan Kevin Lamour sebagai CEO berakhir pada 17 Ogos 2026.”

gempa bumi nusa tenggara
DuniaAug 18, 2026 | 3:25 PM

Indonesia percepat pulih prasarana Nusa Tenggara selepas gempa

JAKARTA: Indonesia mempercepat usaha memulihkan jalan raya, jambatan, bekalan elektrik, komunikasi dan bekalan air di Nusa Tenggara Timur (NTT), sedang penduduk masih berdepan ribuan gegaran susulan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda wilayah itu pada 15 Ogos.

Menteri Pekerjaan Umum Indonesia, Encik Dody Hanggodo, berkata kementeriannya bersedia menyokong sepenuhnya operasi kecemasan dan pemulihan prasarana bagi membantu masyarakat yang...

pendaki cedera
DuniaAug 18, 2026 | 3:02 PM

31 pendaki cedera, hipotermia diselamatkan di Gunung Bawakaraeng, Indonesia

GOWA (Indonesia): Seramai 31 pendaki terpaksa diselamatkan selepas mengalami kecederaan, keletihan dan hipotermia ketika menyertai acara menaikkan bendera sempena ulang tahun ke-81 kemerdekaan Indonesia di Gunung Bawakaraeng, Sulawesi Selatan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan berkata mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan ketika berada di laluan pendakian dan kawasan puncak gunung pada 17 Ogos.

sukan Asia
SukanAug 18, 2026 | 2:56 PM

Jepun giat buat persiapan saat akhir jelang Sukan Asia pada Sep

TOKYO: Sukan Asia akan bermula di Jepun dalam tempoh sebulan, menampilkan bakat muda luar biasa, bilangan atlet melebihi peserta Sukan Olimpik, serta sebuah kapal persiaran yang bakal menjadi kediaman para peserta di tengah-tengah musim taufan.

Sekitar 15,000 peserta dan pegawai dijangka menghadiri temasya tersebut yang berlangsung di Nagoya serta wilayah Aichi dari 19 September hingga 4 Oktober.

Oyen dan Kelabu jadi ninja?
Play Video

Bakat cilik ukir kenangan buat persembahan kali pertama di NDP
Play Video

Pertunjukan bunga api NDP 2026
Play Video

Najip Ali, Hafidz Rahman hidupkan nostalgia televisyen tempatan
Play Video

0908_WhyRed_02
Play Video