100 hari pertama: Kerajaan Ismail Sabri jaya kawal Covid-19, wujud kemantapan politik, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

100 hari pertama: Kerajaan Ismail Sabri jaya kawal Covid-19, wujud kemantapan politik

Nov 22, 2021 | 05:30 AM

KERAJAAN Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bakal mencecah 100 hari pertama pentadbirannya.

Semasa dilantik sebagai perdana menteri kesembilan negara itu pada 21 Ogos lalu, beliau antara lain mahukan setiap kementerian melaporkan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Ini demi memastikan mereka menekankan budaya kerja berprestasi tinggi, dan laporan itu dianggap sebagai indeks prestasi utama (KPI) mereka.

Apakah pencapaian utama kerajaannya dalam tempoh 100 hari pertama itu? Apa yang masih boleh dilakukan lebih banyak lagi oleh kerajaan ini?

Penganalisis memberitahu Berita Harian (BH) bahawa kerajaan Datuk Ismail Sabri dalam tempoh itu umumnya telah berjaya mengawal penularan Covid-19 yang sebelumnya telah menjejas teruk ekonomi negara itu.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Malaysia, yang sebelum ini mencatat lebih 20,000 kes jangkitan sehari, kini melaporkan purata 5,000 hingga 6,500 kes harian.

Kes pesakit yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) dan kes kematian juga merosot dengan ketara. Ini sedang kadar vaksinasi sepenuhnya dalam kalangan penduduk dewasa melebihi 95 peratus.

Satu lagi pencapaian utama kerajaan pimpinan Datuk Ismail Sabri, menurut penganalisis, adalah kestabilan politik ekoran kerjasama beliau dengan blok pembangkang terbesar, Pakatan Harapan (PH), yang tampak masih bertahan.

Pengamat politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan, berkata:

"Datuk Ismail Sabri telah berjaya mengawal penularan Covid-19 dan telah melonggarkan secara bertahap-tahap sekatan pergerakan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Dasar dan langkah strategik kerajaan beliau nampaknya telah membuahkan hasil dengan kes Covid-19 terus merosot dengan kadar vaksinasi pula meningkat."

Namun pada masa sama, kerajaan itu masih perlu mengimbangi dan bergantung pada pengaruh beberapa pihak lain seperti Perikatan Nasional (PN) dan juga pembangkang Pakatan Harapan (PH) untuk terus mewujudkan keadaan politik yang mantap.

Kemantapan politik sememangnya didambakan rakyat Malaysia setelah pergolakan dan ketidaktentuan politik berlaku di negara itu sejak pilihan raya Mei 2018, dan sejak itu Malaysia sudah mempunyai tiga perdana menteri berlainan.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya pula berkata justeru kemantapan politik yang diraih sekarang adalah antara pencapaian utama kerajaan Datuk Ismail Sabri, yang berani membuat perjanjian 'menghentikan perang politik' dengan PH.

"Persefahaman ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat dan memastikan ekonomi dapat digerakkan pascapandemik.

"Dengan adanya persefahaman ini, sekurang-kurangnya ekonomi mikro atau setempat dapat mula bergerak," ujarnya kepada BH.

Namun, adalah baik bagi perjanjian kerjasama dengan PH, yang kini berlaku pada peringkat persekutuan, harus diluaskan pada peringkat negeri, sama ada dengan PH ataupun mana-mana pembangkang.

Ini demi mengelakkan krisis dan ketidaktentuan politik pada peringkat negeri seperti yang berlaku di Melaka, dan boleh berlaku di Johor, kata Profesor Awang Azman.

Perjanjian dengan PH juga disebut Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, daripada Universiti Sains Malaysia, sebagai satu pencapaian utama kerajaan Datuk Ismail Sabri.

Beliau berkata walaupun bersifat sementara, perjanjian itu tetap penting untuk mengurangkan kegelisahan rakyat yang masih belum reda dengan penangan Covid-19 dan sekatan pergerakan berpanjangan hingga menjejas mata pencarian mereka.

"Ia juga menandakan berakhirnya era kerajaan dominan satu gabungan yakni BN (Barisan Nasional).

"Walaupun BN sekarang berkuasa semula melalui Naib Presiden Umno yang menjadi perdana menteri, ia perlu melakukannya sebagai unit gabungan politik yang lebih besar, bukan bersendirian.

"Malah Datuk Ismail Sabri ialah perdana menteri pertama Umno yang menunjukkan kesediaan berkongsi kuasa dengan seteru politik, dan bukan mahu bolot kuasa," ujar beliau kepada BH.

Apa yang perlu dilakukan lebih banyak lagi, kata Profesor Ahmad Fauzi, adalah kerajaan terus memperkukuh hubungan sesama rakyat Malaysia demi merealisasikan visi Keluarga Malaysia yang diterajui Datuk Ismail Sabri.

Dalam hal ini, katanya, terdapat banyak rintangan, hatta Datuk Ismail Sabri sendiri gagal mengelak pertembungan Umno dengan Bersatu dalam pilihan raya Melaka walaupun mereka sama-sama membentuk kerajaan pusat.

"Begitu juga, ada kalangan anggota Kabinet beliau yang suka mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan masyarakat. Contohnya, Khairy Jamaludin yang menyebut akan menyusahkan kehidupan orang yang enggan divaksin.

"Ini bukan kenyataan kasih sayang yang kita harapkan berlaku dalam sebuah Keluarga Malaysia, dan perlu bagi perdana menteri menegur mereka," jelas Profesor Ahmad Fauzi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map