Topik diikuti
Pergi ke BHku200 bekas penduduk Kampong Wak Kassim temu lepas 30 tahun
Mereka yang hadir berusia di antara 12 dengan 96 tahun daripada lima generasi
1 of 3
Oct 9, 2022 | 5:30 AM
200 bekas penduduk Kampong Wak Kassim temu lepas 30 tahun
MESKIPUN terpaksa berkerusi roda dan dengan usianya yang semakin senja, peluang untuk bertemu bekas penduduk kampungnya merupakan peluang yang tidak mahu beliau lepaskan.
Pada usia 96 tahun, Cik Chomail Senan, berasa teruja dan gembira kerana akhirnya dapat mengubati rindu berkumpul beramai-ramai dengan keluarga dan jiran tetangga lama.