Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Acara Halal International bersua lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Acara Halal International bersua lagi

MegaXpress bawa tenaga dan konsep lebih menarik
Nov 25, 2022 | 05:30 AM

ACARA Halal International 2022 bakal menggegar Sands Expo & Convention Centre (Dewan B) hujung bulan ini.

Program anjuran MegaXpress International Pte Ltd itu akan berlangsung selama tiga hari berturutan bermula hari ini hingga lusa.

Menurut Pengurus Komunikasi Media MegaXpress, Cik Reny Delfina, Halal International 2022 membawa tenaga dan konsep yang lebih menarik.

Beliau berkata: "Dengan sokongan dana daripada benefisiari kami iaitu My Inspiring Journey (MIJ), Halal International 2022 menampilkan lebih 180 gerai yang akan memukau pengunjung.

"Sebagai sebuah pertubuhan bukan mencari untung, My Inspiring Journey (MIJ) turut mencari dana melalui kebanyakan acara yang dianjurkan MegaXpress, termasuklah di Halal International 2022.

"Bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, Halal International 2022 akan membuka tirai dengan pelbagai produk halal dan kegiatan mesra pengunjung. Hadirkan diri anda untuk merasai keseronokan festival kali ini."

PELBAGAI CITARASA HALAL & PRODUK TERKINI

Acara akan dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai gerai makanan dan minuman yang mempunyai cita rasa antarabangsa dari negara Timur Tengah, India, Jepun, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Pengunjung juga berpeluang mengikuti segmen 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama pengacara Azza Elite!

Bukan itu sahaja, produk ekspo kali ini turut disertai pelbagai jenama online terkini dari Singapura, Malaysia dan Indonesia, yang menawarkan barangan bermutu kepada pengunjung.

Tidak ketinggalan, pengunjung boleh mendapatkan kosmetik mesra wuduk, produk kecantikan, variasi skarf dan aksesori khas yang sesuai untuk Muslimah seperti 'Muslimah Fashion Streetwear'.

PELUANG TEMUI SELEBRITI

Seperti edisi sebelum ini, Halal International 2022 mengetengahkan barisan selebriti terkenal tanah air dan Malaysia.

Antara yang bakal menggamatkan suasana ialah Sufi Rashid, pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astilah, Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Reen Rahim dan Lana Nordin.

Salah satu acara yang menarik ialah penampilan istimewa penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, esok dalam program 'Ikon Seni Malaysia dan Pengasas Produk Kecantikan' bermula 9 malam.

SERTAI ACARA INTERAKTIF DAN MENARIK

Kemeriahan Halal International 2022 juga diisi dengan pelbagai acara interaktif dan menarik yang disediakan bagi menyemarakkan kehadiran pengunjung.

Antaranya, pengunjung dapat menyertai program anjuran My Inspiring Journey (MIJ) Hub seperti forum, zumba bersama Taufik Batisah, persembahan dikir barat, MIJ Talent Show dan program bual bicara bersama pengacara Fiza O.

Pengunjung juga boleh menyaksikan tunjuk cara masakan 'Dapur Berasap bersama Cef Siti Mastura' yang dibawakan oleh PapaBakerz, serta menyaksikan perkongsian tunjuk cara kecantikan bersama SpaJelita dan penggayaan tudung segera oleh Duo Collections.

MENANGI HADIAH MENARIK

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan Chocolate Chip Cookies dan Instant Photo Print secara percuma bagi 250 pengunjung pertama ke ekspo setiap hari!

Sertai Cabutan Bertuah untuk menangi perkakas elektrik Mixer & Turbo Roaster bernilai $500 tajaan PropNex Realty bagi setiap pembelian serendah $10.

Sahut cabaran dalam program 'Mega Xtreme Challenge' dengan acara yang menyeronokkan seperti 'Makan Sejuk Paling Pantas', 'Makan Paling Pantas' dan 'Minum Paling Pantas' dan menangi pelbagai hadiah menarik.

Pengunjung juga boleh menyertai acara 'Like Your Favourite Booth & Win' dengan menekan 'like' pada gambar gerai makanan atau gerai gaya hidup kegemaran anda dalam dewan ekspo daripada Facebook atau Instagram MegaXpress. Pengunjung bertuah akan memenangi hamper makanan bernilai $80 tajaan Pak Din Ayam Bakar.


SEKILAS MAKLUMAT

◆ Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, ikuti laman sosial MegaXpress International Pte Ltd di Facebook@MegaXpress International Pte Ltd, Twitter@megaxpress atau Instagram @megaxpress.

◆ My Inspiring Journey (MIJ) menawarkan kurikulum akademik dan kemahiran hidup harian yang disediakan untuk pelajar berusia dua tahun hingga 30 tahun, dengan keperluan khas dan perbezaan pembelajaran.

Lungsuri laman www.mijhub.com untuk keterangan lanjut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3