Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ada gigih buru ijazah Sastera Inggeris

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS menyelesaikan kerja rumah seharian, Cik Surti, seorang pembantu rumah, akan mengeluarkan buku-buku sekolahnya untuk menghadiri kelas malam sebagai mahasiswi di universiti.



Dari 9 malam, beliau akan melakukan pembelajaran sendiri dalam talian selama tiga jam sebelum berehat.



Meskipun, Cik Surti, 35 tahun, datang ke Singapura untuk bekerja, beliau sebenarnya sudah lama mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajiannya.



Kini Cik Surti merupakan seorang mahasiswi di Universitas Terbuka (UT) Indonesia di Singapura dalam jurusan Sastera Inggeris sejak 2017.



"Saya hanya ada satu tujuan sahaja dan ia adalah untuk terus meningkatkan kebolehan dan kemahiran saya.



"Sebagai seorang individu yang suka bercakap, saya rasa dengan pembelajaran bahasa Inggeris, ia membolehkan saya berinteraksi bukan sahaja bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Indonesia malah bersama orang yang berlainan bangsa," kata beliau yang berkelulusan sekolah menengah.



Malah ini bukan kali pertama Cik Surti berjuang untuk meningkatkan tahap pendidikannya di Singapura.



Ketika tiba di Singapura pada 2010, beliau telah mengambil kursus bahasa Inggeris supaya dapat bertutur dengan majikannya dengan lebih baik.



Pada 2014 hingga 2016 pula, Cik Surti memburu diploma di Sekolah Indonesia (Singapura) Ltd.



Ditanya mengapa beliau tidak melanjutkan pelajarannya di Indonesia, Cik Surti berkata terdapat beberapa sebab seperti masalah kewangan dan tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapanya.



"Membesar dalam keluarga yang besar, saya faham ibu bapa saya tidak mampu untuk hantar kami semua ke sekolah.



"Selain itu, orang tua saya dulu hanya mempunyai fikiran bahawa seorang wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana kita hanya akan duduk di rumah sahaja setelah berkahwin.



"Kata-kata tersebut hanya membakar semangat saya untuk saya menunjukkan kepada mereka bahawa saya boleh menjadi seorang wanita yang berjaya dengan pendidikan tinggi," kata anak bongsu enam beradik itu.



Mengumpul sebanyak $100, Cik Surti menampung kos yuran untuk pengajiannya di universiti yang kosnya lebih daripada $2,000.



Sejak tiba di Singapura pada 2010, Cik Surti, yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia, bekerja bersama majikan yang sama dan menjaga seorang remaja serta pasangan warga emas.



Walaupun terpaksa mengimbangi masa untuk bekerja sambil belajar, beliau menyifatkan segala usahanya itu sebagai berbaloi.



Berkat sokongan dan dorongan majikannya, ia telah membuat perjalanannya lebih mudah.



"Majikan saya memahami yang saya kadangkala harus menghabiskan kerja sekolah, jadi beliau sering memperuntukkan masa untuk saya membuat kajian kendiri dan ulangkaji untuk mencapai kecemerlangan," kata Cik Surti dengan penuh kesyukuran.



Cik Surti juga merupakan seorang sukarelawan pada hari cutinya di Persatuan Pembantu Rumah Asing Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast).



Setiap Ahad, beliau akan menuju ke ibu pejabat Fast di Eunos.



Di sana beliau banyak membantu dengan hal terjemahan yang diperlukan antara pekerja migran lain dengan kakitangan di sana.



Ketika ditemui Berita Harian, Cik Surti berkata beliau akan tamat pengajiannya pada hujung Jun ini.



Sementara ini, Cik Surti merancang untuk terus bekerja di Singapura sehingga kontraknya tamat.



"Sekiranya tiba masanya untuk pulang, saya berharap dapat menjadi seorang guru dan mendidik kanak-kanak kecil tentang kepentingan pelajaran supaya mereka dapat mencapai impian mereka pada masa akan datang," ujarnya.




"Sebagai seorang individu yang suka bercakap, saya rasa dengan pembelajaran bahasa Inggeris, ia membolehkan saya berinteraksi bukan sahaja bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Indonesia malah bersama orang yang berlainan bangsa...



Sekiranya tiba masanya untuk pulang, saya berharap dapat menjadi seorang guru dan mendidik kanak-kanak kecil tentang kepentingan pelajaran supaya mereka dapat mencapai impian mereka pada masa akan datang."
- Cik Surti, mahasiswi di Universitas Terbuka (UT) Indonesia di Singapura dalam jurusan Sastera Inggeris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >