GELORA DI MYANMAR
Antara cengkaman jeneral dan tuntutan demokrasi jelata
Junta tentera perketat kawalan; lebih ramai warga ditahan rejim; rakyat serata negara cekal suara bantahan, tuntut pembebasan tahanan
Feb 23, 2021 | 05:30 AM
LEBIH tiga minggu telah berlalu sejak junta tentera merampas kuasa, mengumumkan tempoh darurat selama setahun dan melaksanakan perintah berkurung antara 8 malam sehingga 4 pagi setiap hari.
Namun semua itu tidak diendahkan golongan muda Myanmar yang terus berhimpun dan mengadakan tunjuk perasaan secara beramai-ramai dan terang-terangan - tanpa mempedulikan tindakan tegas ataupun risiko ditangkap junta tentera - biarpun empat orang penunjuk perasaan terkorban sejauh ini.