Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Apa ibu buat bila anak alami simptom miopia

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



PADA usia lima tahun, Alana Ting Xian Ya, sering mengadu tentang masalah penglihatan yang terjejas.



Simptom lain yang dikesan ibu bapanya termasuk Alana menyepetkan mata dan memandang dari sudut matanya semasa menonton televisyen.



Menyusuli simptom-simptom tersebut, ibunya, Dr Fock Ee-Ling, membawanya berjumpa seorang Konsultan Pakar Optalmologi, Dr Ceryl Ngo, untuk memeriksa mata anaknya itu.



Selepas diperiksa, Dr Ngo mengesahkan Alana mengalami miopia atau rabun jauh.



Menurut Dr Fock, semasa mata Alana disahkan menghidap isu itu pada usia lima tahun, masalah rabun jauhnya tidak begitu teruk.



Namun Alana kemudian mengadu akan masalah penglihatan yang terjejas hanya beberapa bulan selepas memakai cermin mata.



Dr Ngo kemudian menitiskan ubat pada mata Alana dan kemudian mengalihkannya kepada lensa cermin mata yang berbeza.



Malangnya meskipun dengan lensa baru serta ubat, Alana masih mengadu akan masalah penglihatan.



"Meskipun kami cuba kawal kadar membaca Alana, ini ternyata agak sukar kerana dia seorang ulat buku.



"Namun saya tetap pastikan yang dia mendapat cahaya yang betul dan dia merehatkan matanya selepas membaca untuk satu jangka masa.



"Saya juga galakkan anak-anak saya untuk habiskan masa di luar rumah memandangkan cahaya mentari dapat memperlahankan masalah miopia.



"Malah saya percaya anak-anak lelaki saya mempunyai penglihatan lebih baik daripada Alana kerana mereka perenang yang lebih terdedah kepada matahari. Lantas saya galakkan Alana untuk berenang dan bermain di luar rumah," kata ibu tiga anak itu yang merupakan seorang peniaga.



"Saya pertimbangkan penggunaan lensa lekap buat Alana kerana bimbang masalah penglihatannya pada usianya kini kian buruk pada kadar yang lebih pantas berbanding saya.



"Lensa fokus berbilang dua (dual-focus) untuk kegunaan sebelah siang boleh dibuang selepas digunakan, justeru mengurangkan kemungkinan jangkitan memandangkan kanak-kanak tidak perlu membersihkan atau menyimpannya selepas digunakan.



"Sebagai pengguna lensa lekap selama berdekad lamanya, saya terbuka memperkenalkan rawatan tersebut kepada anak-anak memandangkan saya mampu mengajar mereka menjaga lensa lekap dengan betul dan mengelakkan komplikasi jangkitan.



"Dan saya tunjukkan kepada Alana bahawa penggunaan lensa lekap sebenarnya tidak sakit atau menggerunkan," ujarnya.



Sejurus Alana mula gunakan lensa lekap, dia tidak lagi mengadu akan masalah penglihatan.



Dr Fock kemudian membawa anaknya itu berjumpa Dr Ngo untuk pemeriksaan lanjut enam bulan kemudian tetapi masalah penglihatannya itu tidak menjadi buruk.



Satu lagi rawatan susulan turut memberikan keputusan yang memuaskan.



"Senang kata, lensa lekap 'dual-focus' tidak memburukkan lagi miopia yang dialami Alana, sebaliknya ia menstabilkan keadaan itu," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >