Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Apabila si cilik mula pamer keperibadian...

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Apabila si cilik mula pamer keperibadian...

Tanggungjawab ibu bapa ialah corak personaliti si anak dengan nilai positif yang akan bimbing mereka dalam kehidupan
Sep 26, 2022 | 05:30 AM

SAYA perlu akur, pengalaman membesarkan anak-anak saya sejauh ini dalam tahun-tahun pertama mereka tidak banyak berbeza.

Ini meskipun saya mungkin mempunyai kepelbagaian unik dalam perjalanan kebapaan saya.

Anak sulung saya, kini 11 tahun, adalah seorang lelaki, dan mempunyai autisme. Anak kedua saya, lapan tahun, juga seorang lelaki, dan neurotipikal. Dan yang bongsu, dua setengah tahun, ialah seorang perempuan.

Apabila anak bongsu saya dilahirkan, saya menjangkakan perbezaan yang ketara.

Namun, sama saja. Apa juga perbezaan dari segi ciri-ciri, perwatakan dan kecenderungan, tidaklah begitu ketara.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini, perbezaan yang saya jangkakan itu kian menyerlah.

Ciri-ciri 'kewanitaannya' dalam anak bongsu saya begitu jelas.

Antaranya dia suka mengenakan 'make-up', suka berpakaian 'princess' dan agak memilih apabila mengenakan pakaian.

Contohnya, apabila saya pakaikan dia jersi bola, mukanya mengerut.

"Daddy, this is for boy (Ayah, baju ini untuk lelaki)," katanya

Malah, sering juga saya menjadi 'mangsa' kecenderungannya itu.

Hujung minggu lalu, hampir setengah jam saya terpaksa melayankan dia mewarnakan jari-jemari di kaki saya.

"So pretty daddy... cantik," katanya, setiap kali dia mewarnakan kuku saya.

Saya sekadar tersenyum gamam.

Terdetik di hati saya, "boleh hilang tak warna ni?"

Melebihi kecenderungan fizikal, lebih menarik ialah perwatakan anak perempuan saya ini.

Saya hanya mempunyai anak kedua saya sebagai perbandingan, memandangkan anak sulung saya ialah anak istimewa dan mempunyai ciri-ciri yang agak unik pada diri beliau sahaja.

Anak kedua saya lebih mudah mengalah, sering mahu memastikan orang di sekelilingnya gembira.

Ini mungkin dek pengalaman membesar dengan abang yang mempunyai autisme.

Sering kali, dia terpaksa mengalah dan memberi ruang kepada abangnya. Dia tahu bila perlu memberi laluan kepada kami, ibu bapanya, untuk memberi tumpuan tambahan kepada si abang.

Ciri-ciri terus mekar dalam dirinya sehingga ke hari ini.

Meskipun umumnya ia mempunyai kesan positif - terutama dalam pembangunan abangnya itu - namun ia juga menimbulkan masalah dan cabaran, terutama dalam dia melayari kehidupan di sekolah, dengan kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang, perangai dan tabiat.

Bagi anak bongsu saya pula, agak jelas bahawa dia mempunyai ciri-ciri isteri saya.

Dia tegas dan tidak mudah mengalah meskipun berdepan dengan abang-abang yang lebih besar.

Dia berani menekankan keperibadian dan kemahuannya dan mencabar kemahuan abang-abangnya itu, termasuk anak sulung saya, yang reaksinya sukar dijangka.

Sebagai contoh, anak sulung saya itu perlu diberi penjelasan terperinci apabila kehendaknya tidak dituruti.

Ini supaya dia faham mengapa kemahuan itu tidak boleh kami berikan dan sebaliknya apa yang boleh dia perolehi.

Jika penjelasannya kurang jelas, keadaan boleh menjadi buruk dan huru-hara.

Namun, berdepan dengan keadaan serupa, apabila anak sulung saya itu tampak marah atau tidak selesa dengan kemahuan adik bongsunya itu, anak perempuan saya langsung tidak menunjukkan yang dia takut atau gentar.

Dia tegas dengan kemahuannya dan akhirnya, hampir setiap kali, si abang akan mengalah.

Sebagai bapa, memerhatikan perkembangan personaliti anak-anak saya merupakan antara anugerah kebapaan yang paling tinggi nilainya.

Tanggungjawab saya ialah, membantu mereka mencorak personaliti dengan nilai-nilai positif yang akan membimbing mereka dalam hidup, tanpa mengubah keperibadian mereka yang sebenar.


Bagi anak bongsu saya pula, agak jelas bahawa dia mempunyai ciri-ciri isteri saya.
Dia tegas dan tidak mudah mengalah meskipun berdepan dengan abang-abang yang lebih besar.
Dia berani menekankan keperibadian dan kemahuannya dan mencabar kemahuan abang-abangnya itu, termasuk anak sulung saya, yang reaksinya sukar dijangka...
Dia tegas dengan kemahuannya dan akhirnya, hampir setiap kali, si abang akan mengalah.
Sebagai bapa, memerhatikan perkembangan personaliti anak-anak saya merupakan antara anugerah kebapaan yang paling tinggi nilainya.
- Penulis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3