Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PENERIMA ANUGERAH BINTANG: ENCIK MOHAMED FADHIL PAKAR PEMBASMIAN KUMAN DI DUYEN CLEANING SERVICES

'Awak masih muda... kenapa jadi pekerja pembersihan?'

Tahun 2021 yang kini sampai ke penghujungnya ini adalah mencabar bagi pekerja, termasuk yang berkecimpung dalam sektor perkhidmatan sekitaran. Selain menghadapi cabaran tenaga manusia, ada pula yang perlu mengatasi cabaran bersangkut paut seperti keletihan semasa melaksanakan tugas. Baru-baru ini, beberapa pekerja dari sektor ini menerima anugerah daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang antara lain mengiktiraf sumbangan mereka, termasuk dua pekerja yang diwawancara BERITA HARIAN. Ikuti laporan berikut.
Dec 21, 2021 | 05:30 AM



"AWAK masih muda lagi, kenapa nak kerja jadi pekerja pembersihan atau pekerja pengawalan haiwan perosak?"



Inilah soalan yang sering ditanya kepada Encik Mohamed Fadhil Mohamed Selamat ketika dia menceburi sektor Perkhidmatan Alam Sekitar (ES) pada usia 22 tahun.



Bekerja di syarikat kawalan haiwan perosak bersama pakciknya ketika itu, Encik Fadhil berkata dia sebenarnya tidak terfikir beliau akan berminat kepada sektor alam sekitar.



Namun, anak muda itu yang kini berusia 27 tahun, tidak menoleh ke belakang dan kini berusaha untuk membantu kliennya menguruskan kerja pembasmian kuman, pembersihan atau isu haiwan perosak yang dihadapi mereka.



Kini, Encik Fadhil ialah seorang pakar pembasmian kuman di Duyen Cleaning Services Pte Ltd dan merupakan salah seorang daripada 27 penerima Anugerah Bintang semasa Hari Tenaga Kerja Perkhidmatan Alam Sekitar 2021.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Fadhil yang kini dikerahkan di sebuah kondominum, melahirkan kepuasan dan bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat untuk orang ramai.



"Saya sebenarnya cuba bekerja dengan pakcik saya dalam industri pengawal haiwan perosak selepas menghabiskan perkhidmatan negara (NS).



"Apabila mendapat peluang untuk mengembangkan kemahiran saya dalam kerja pembersihan pula saya mengambil peluang tersebut melalui kursus-kursus WSQ (Kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja).



"Lama-kelamaan, apabila saya tidak bekerja, saya perasan yang saya selalu memerhatikan sekiranya persekitaran saya bersih.



"Jika ternampak tisu di tepi jalan atau sampah, saya akan mengutipnya dan membuangnya ke dalam tong sampah," katanya yang juga merupakan seorang pelajar sambilan City & Guilds Tahap 3 dalam Diploma Kemahiran Penyeliaan Pembersihan.



Setelah berkecimpung dalam industri itu selama lima tahun, Encik Fadhil berkata beliau sedar akan kepentingan khidmat-khidmat berlainan yang dia menawarkan kepada masyarakat, terutamanya semasa pandemik Covid-19 ini.



Berkongsi pengalamannya, melakukan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di tempat seperti pejabat atau rumah yang disahkan mempunyai kes jangkitan Covid-19 yang positif, dia telah menghadapi beberapa cabaran termasuk memastikan semua tempat dibersihkan dengan teliti.



"Contohnya, di tempat seperti pejabat, kadangkala, meja-meja di sana tidak kemas dengan barangan-barangan dan dokumen yang terdapat di meja-meja pekerja di sana.



"Jadi untuk pastikan semua tempat sentuhan dibersihkan, kita harus mengalihkan barangan-barangan itu sebelum melakukan kerja pembersihan dan pembasmian.



"Mengalih barangan-barangan kehulu-hilir agak memenatkan sekiranya pejabat itu besar," cerita beliau.



Meskipun menghadapi beberapa cabaran, anak bongsu daripada dua orang beradik itu tetap mempunyai sikap positif untuk terus bekerja dalam industri ini.



Katanya, apa yang dilakukannya adalah sumbangannya kepada masyarakat dan berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada anak muda lain untuk menceburi sektor ini.



"Jika bukan saya, siapa lagi akan lakukannya. Sekarang, ramai yang bekerja dalam industri ini merupakan warga emas ataupun pekerja migran.



"Kerja-kerja pembersihan ini pun bukan sesuatu yang mudah untuk golongan warga emas, jadi saya rasa terdapat kepentingan untuk anak muda seperti saya terus menceburi bidang ini.



"Mungkin pada awalnya, saya tidak berapa minat dengan pekerjaan ini tetapi sekarang saya rasa bahawa saya akan terus meningkatkan kemahiran supaya dapat menampilkan prestasi yang terbaik dalam khidmat yang ditawarkan dalam masa akan datang," ujarnya.




27 pekerja industri perkhidmatan sekitaran diiktiraf



SERAMAI 27 pekerja dalam industri perkhidmatan sekitaran (ES) menerima Anugerah Bintang ES baru-baru ini.



Anugerah tahunan itu, yang dianjurkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mengiktiraf pekerja dalam perkhidmatan pembersihan, pengurusan sisa dan pengurusan haiwan perosak.



Kesemua pekerja itu, masing-masing, juga menerima baucar hadiah $100.



Lagi 389 pekerja daripada industri ES juga diberikan masing-masing sijil kecemerlangan dan baucar hadiah $50.



Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan See Leng, yang juga tetamu terhormat di acara yang diadakan di Bangunan Sekitaran di Scotts Road pada 16 Disember itu, berkata 2021 merupakan tahun yang sukar bagi pekerja dalam sektor ES.



Ini antara lain kerana cabaran dari segi tenaga manusia apabila ada pesakit yang dijangkiti Covid-19 dan yang terpaksa menjalani kuarantin.



Ini selain pekerja yang terpaksa mengatasi cabaran kerana keletihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >