Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bagaimana negara lain bendung penularan Covid-19 semasa sambut Lebaran

Sesetengah negara Islam, negara majoriti penduduk Muslim melaksanakan kawalan pergerakan demi bendung penularan Covid-19
May 18, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Lebaran di sesetengah negara Islam atau penduduknya majoriti Muslim tahun ini berpaksikan 'perintah sekatan' demi membendung penularan wabak Covid-19.



Pendekatan sesebuah negara didapati berbeza dengan ada melaksanakan sekatan penuh, sedang ada pula menjalankan perintah kawalan pergerakan mengikut kawasan.



Turkey umpamanya, mengumumkan pelaksanaan perintah sekatan sepenuhnya sehingga 17 Mei ini ''demi membendung jangkitan dan kematian'', kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, lewat bulan lalu.



Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan antara 3 Januari 2020 sehingga 10 Mei lalu, Turkey menghadapi lebih 5 juta kes, dengan kematian akibat Covid-19 di serata negara mencapai lebih 43,000 setakat ini.



Turkey sejauh ini telah melaksanakan 25 juta suntikan vaksin koronavirus sejak kempen imunisasi bermula pada 14 Januari lalu.



Kerajaan Oman pula melaksanakan perintah berkurung antara 7 malam hingga 4 pagi sehingga 15 Mei ini, lapor Times of Oman awal bulan ini.



Kementerian Kesihatan Oman pada 10 Mei lalu menyatakan, negara itu menghadapi lebih 201,350 kes positif Covid-19



Pemerintah Lebanon yang melaksanakan perintah sekatan sepenuhnya antara 3 hingga 6 April lalu bagi sambutan perayaan Easter untuk penganut Kristian, juga melaksanakan strategi yang sama bagi sambutan Aidilfitri di negara itu.



Hal ini dapat dimengertikan kerana negara itu menghadapi 532,269 kes positif dan 532,269 kematian antara 3 Januari 2020 hingga 10 Mei lalu.



Kementerian Kesihatan Lebanon pada 10 Mei lalu mendedahkan hanya 1.31 juta orang atau 19.4 peratus telah mendaftar untuk suntikan vaksin.



Hanya 4 peratus rakyat negara itu telah menerima dua dos vaksin anti Covid-19.



Di Tunisia, Perdana Menteri Hichem Mechichi pada 7 Mei lalu berkata, negaranya sedang melalui ''krisis kesihatan terburuk dalam sejarah'' dan kemudahan kesihatan kini di ambang kemusnahan.



Disebabkan itu, ia melaksanakan perintah berkurung dari 7 malam hingga 5 pagi.



Tunisia, sebuah negara dengan hampir 12 juta penduduk, secara rasmi telah merekodkan lebih 319,000 kes koronavirus dan 11,350 kematian.



Lebih 500 orang kini berada di unit jagaan rapai, satu tahap yang tidak pernah dilihat di negara Afrika Utara itu.



Di Algeria, pihak berkuasa negara itu telah mengumumkan perintah berkurung dari 11 malam hingga 4 pagi.



Di Pakistan, pentadbiran Perdana Menteri Imran Khan, telah melaksanakan perintah sekatan sembilan hari bermula 8 Mei lalu yang turut melibatkan kawasan tumpuan pelancing dan pergerakan orang ramai, semasa musim perayaan Aifilfitri.



Pemerintah Pakistan sebelum ini telah mengumumkan cuti lima hari bagi sambutan Aidilfitri yang dilihat dapat mengurangkan bebanan di kota kerana ''pandemik merupakan fenomena di kawasan bandar''.



Ia telah merekodkan lebih 850,000 kes jangkitan dan 18,600 kematian akibat Covid-19 sejak pandemik bermula.



Di Bangladesh, Perdana Menteri Sheikh Hasina semasa mesyuarat kabinet pada 3 Mei lalu telah memutuskan untuk melanjutkan sekatan pergerakan di seluruh negara itu sehingga 16 Mei ini demi mengekang transmisi koronavirus.



Seperti dinyatakan oleh jurucakap Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) Bangladesh, Dr Nazmul Islam, ''tiada ruang untuk leka... situasi yang buruk boleh sahaja bertembung dengan sambutan perayaan Aidilfitri''.



Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitiri berkuat kuasa 12 Mei lalu.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun ini.



Tan Sri Muhyiddin berkata tindakan sedemikian perlu bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.



''Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei lalu, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.



''Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19,'' katanya.



Di Indonesia pula, pemerintah negara itu secara rasmi mengeluarkan larangan 'mudik' atau pulang ke kampung sempena Aidilfitri tahun ini, bermula 6 hingga 17 Mei ini.



Ini tahun kedua larangan mudik dilaksanakan selepas pertama kali diperkenalkan tahun lalu.



Sebelum pandemik ini, tradisi tahunan mudik akan menyaksikan sekitar 30 juta warga Indonesia pulang ke kampung masing-masing.



Presiden Joko 'Jokowi' Widodo berkata: ''Saya betul-betul masih khuatir mengenai mudik di hari raya Aidilfitri... angkanya juga masih besar, hati-hati, 18.9 juta orang yang masih akan mudik,'' katanya yang dipetik akhbar Kompas akhir bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >