Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Rencana3

Bagaimana vaksin berfungsi?

Jan 18, 2021 | 05:30 AM

SOALAN (S): Bagaimana vaksin berfungsi?

JAWAPAN (J): Vaksin berfungsi dengan 'menunjukkan' bahagian virus yang penting kepada sistem imun dan 'melatihnya' untuk mengenali dan mengingati patogen tanpa mendedahkan pesakit kepada risiko penyakit.

Apa yang dilakukan vaksin tradisional ialah dengan menyuntik bentuk virus yang lemah ataupun yang telah mati ke dalam badan manusia, supaya sistem imun dapat mengenali 'penyerang' dan mengeluarkan antibodi dan sel T untuk membuang 'penyerang' itu.

Tetapi lain pula untuk vaksin-vaksin mRNA yang dibangunkan Pfizer-BioNTech dan Moderna, di mana vaksin hanya mengandungi cebisan bahan genetik virus itu, dan bukan virus kesuluruhan.

Apabila cebisan genetik virus itu memasuki sel manusia selepas disuntik, cebisan genom akan mengerahkan sel untuk mengeluarkan protein 'spike' khas virus korona.

Ini akan melatih badan untuk mengenali bahagian penting virus - iaitu protein 'spike' - tanpa mendedahkan pesakit kepada seluruh virus itu.

S: Adakah Sinovac dari China juga sedang menghasilkan vaksin mRNA?

J: Tidak. Vaksin Sinovac adalah sejenis vaksin yang telah dinyahaktif, yang juga digunakan di dalam jenis suntikan lain, seperti vaksin polio.

Virus korona itu dihasilkan di dalam sel-sel buah pinggang seekor monyet, dan kemudian sejenis bahan kimia dimasukkan ke dalamnya supaya virus tidak aktif.

Ini bermakna tiada replikasi dibuat ke atas virus-virus itu, walaupun protein yang dihasilkan kekal utuh.

S: Apakah maklumat terkini tentang vaksin Covid-19 yang sedang dihasilkan di Singapura?

J: Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS sedang bekerjasama dengan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat Arcturus Therapeutics untuk menghasilkan vaksin mRNA untuk melawan Covid-19.

Jenis vaksin itu serupa dengan vaksin-vaksin yang telah dihasilkan oleh Moderna dan Pfizer BioNTech, dengan satu perbezaan: Molekul mRNA di dalam vaksin Lunar-Cov19 yang sedang dihasilkan ini adalah sejenis molekul yang boleh diulang-tiru (replicate) yang akan mengeluarkan beberapa salinan protein 'spike' virus itu selepas disuntik.

Molekul-molekul dari dua vaksin lain itu tidak boleh diulang-tiru.

Para pengkaji memberitahu akhbar The Straits Times baru-baru ini bahawa replikasi yang terjadi menyerupai cara jangkitan viral berlaku di dalam badan, dan boleh menggalak tindak balas imun yang lebih kuat.

Ujian klinikal fasa awal masih dijalankan di Singapura.

Unit Penyelidikan Perubatan SingHealth, yang menjalankan ujian ini, sedang mencari 100 orang dewasa yang sihat berumur 21 tahun ke atas untuk fasa ujian seterusnya.

Mereka yang berminat boleh menghantar emel ke imu@singhealth.com.sg atau menghubungi 6323-7544 atau 8318-0685.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map