Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bekal buku Melayu dari SG, M'sia untuk pendidikan kanak-kanak

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN orang akan takut mencuba sesuatu yang baru, tetapi tidak bagi Cik Fathin Artini Mohd Said, 27 tahun, yang menubuhkan kedai buku dalam talian, Kidsable, sejak dua tahun lepas.



Beliau berkata idea menubuhkan Kidsable tercetus sewaktu rakyat tidak dapat keluar rumah kerana penularan virus Covid-19.



Beliau yang mula mencari kelainan ketika tempoh Pemutus Litar (CB) pada 2020 itu, mewujudkan sebuah kedai dalam talian yang menyediakan buku dan bahan bacaan untuk pembelajaran kanak-kanak Melayu.



Menceritakan latar belakang Kidsable, lulusan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin (Akidah & Falsafah) daripada Universiti Al-Azhar di Mesir itu menjelaskan:



"Kidsable ialah nama yang diberi oleh suami saya, Ustaz Muhammad Faizuddin, untuk perniagaan online kami.



"Pada waktu yang sama, kami menimang cahaya mata pertama yang menjadi semangat untuk kami mencari bahan pembelajaran dan pendidikan buat kanak-kanak.



"Dengan slogan 'A one stop education needs for your kids' enrichment', kami bekal buku dan bahan pembelajaran kanak-kanak dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.



"Tujuan perniagaan adalah sebagai platform bagi ibu bapa atau guru mendapatkan kepelbagaian bahan dan panduan dalam pendidikan serta pembesaran kanak-kanak.



"Selain buku, kami juga bekal kad imbas, poster dan permainan pembelajaran.



"Pada Disember tahun lalu, kami melancarkan program pertama sesi bercerita secara fizikal, iaitu kerjasama dengan penulis buku Alif Went to the Mosque bersama pelajar pusat pendidikan Islam Discover Deen."



Menurut Cik Fathin Artini lagi, buku Melayu memang laris disebabkan keperluan pendidikan buat kanak-kanak Melayu di Singapura.



Sehubungan itu, beliau memenuhi permintaan tinggi tersebut dengan mendapatkan sumber buku dari Singapura dan Malaysia.



Tambahnya:



"Buku Melayu yang sering dicari oleh pelanggan di Kidsable ialah buku bacaan asas bagi mengukuhkan kemahiran membaca. Buku jenis cerita Melayu juga menjadi 'bestseller' di Kidsable. Buku berwarna terang dengan lukisan yang jelas dan menarik pula akan menarik minat kanak-kanak."



Contohnya, buku Melayu yang dijual adalah daripada Kaminoki Publications, siri Therapeutic. Ia merupakan usaha Dr Putri Afzan Maria dan beberapa mahasiswa universiti dari Malaysia.



"Insya-Allah, kami akan menambah lagi koleksi buku Melayu pada Februari ini.



"Kebiasaannya, kami mendapatkan sumber buku dari Malaysia seperti Kaminoki Publications. Bagi penerbitan buku dari Singapura pula, kami pernah dapatkan daripada Bulat Books.



"Memandangkan teknologi Internet sekarang membuka ruang dan peluang yang sangat luas untuk semua, maka kami menggunakan platform Instagram @kidsable, Facebook KidsableSG dan juga Shopify www.thekidsable.com untuk memasarkan buku-buku tersebut.



Kidsable turut berdepan dengan cabaran dan usaha yang besar dalam mengekalkan penjualan buku Melayu agar ia berterusan dinikmati kanak-kanak Singapura.



Cik Fathin Artini menerangkan, antara cabaran dalam menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Melayu ialah mencari lebih banyak sumber buku bermutu yang kekal relevan untuk generasi kanak-kanak sekarang.



Katanya:



"Tidak seperti buku bahasa Inggeris, ia lebih mudah didapati daripada kepelbagaian pembekal utama. Namun, untuk mencari buku Melayu yang bermutu, harganya tidak pula murah. Di sini, kami harus memikirkan kemampuan dan kesudian pelanggan atau pembeli dalam mendapatkan buku yang dibekal.



"Rekaan poster juga penting untuk meyakinkan pelanggan bahawa buku yang dijual bukan sahaja berpatutan harganya, bahkan memberi manfaat kepada seisi keluarga.



"Sehubungan itu, saya meletakkan harapan agar Kidsable kekal relevan dalam menyediakan bahan bacaan dan pendidikan untuk kanak-kanak dan ibu bapa, tidak kira dalam bahasa Melayu, Inggeris ataupun bahasa Arab.



"Buat masa yang akan datang, kami juga berharap dapat menulis dan menerbitkan buku sendiri sebagai tanda 'give back' kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura kelak." - LAPORAN BH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >