Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KONVOKESYEN UNIVERSITI SAINS KEMASYARAKATAN SINGAPURA (SUSS)

Berdisiplin timba ilmu bawa jaya di sebalik kesibukan

May 17, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu diimbanginya, sekolah selalu merupakan keutamaannya.



Encik Muhammad Hassanal Ruslan yang akur suka memastikan dirinya sentiasa ada sesuatu untuk dilakukan, baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Namun, sepanjang tahun-tahunnya sebagai pelajar Sarjana Muda SUSS, jejaka berusia 26 tahun itu tidak hanya sibuk belajar.



Waktunya turut dihabiskan sebagai seorang model, jurulatih kecergasan, pelakon dan pelatih di syarikat Lion Global Investors dan Kuok Singapore Limited.



"Memandangkan jadual saya yang sibuk, saya mesti sangat disiplin dan mengetepikan waktu untuk belajar dan membuat tugasan sekolah.



"Sekolah merupakan keutamaan saya dan yang lainnya akan saya lakukan apabila saya ada waktu lapang," katanya ketika dihubungi Berita Harian.



Ditanya sebab beliau pilih melibatkan diri dalam begitu banyak aktiviti, Encik Hassanal berkata dia memang selalu mencapai peluang yang diberikan kerana "jika anda tidak memanfaatkan peluang itu, orang lain akan melakukannya".



"Sesuatu peluang itu pun mampu mengubah kehidupan anda, jadi apabila peluang itu tersedia saya akan memanfaatkannya," tambahnya.



Anak bongsu dua beradik itu pernah mewakili Singapura di Thailand dan Korea dalam pertandingan Manhunt dan Face of Asia pada 2017, berlakon dalam penerbitan Mediacorp seperti Tanglin, KIN dan Jejak Jenayah, serta menjadi model bagi majalah Esquire dan 8 Days.



Cita-citanya bekerja dalam industri kewangan telah mendorongnya memilih mempelajari tentang perakaunan di universiti, jelas Encik Hassanal.



"Saya rasa perakaunan merupakan ilmu yang sangat relevan kerana ia merupakan asas perniagaan.



"Oleh sebab saya tidak memiliki pengalaman atau ilmu tentang perakaunan sebelum ini, ia semestinya bukan sesuatu yang mudah, namun dengan bimbingan daripada profesor dan kawan-kawan yang berfikiran serupa, saya dapat tamat pengajian dan mendapatkan ijazah ini," katanya lagi.



Bahkan, dia kini mendapati dirinya semakin teliti dan akan memeriksa segala sesuatu dengan tepat ketika melakukan satu-satu tugas, katanya.



Kini, Encik Hassanal sudah enam bulan bekerja sebagai akauntan di Allgreen Properties Limited dan merancang mahu mengambil sijil profesional (CA) atau sarjana pada masa akan datang.



Bekas pelajar St Joseph's Institution dan Maktab Rendah St Andrew's itu turut berkongsi kata nasihat.



"Mempunyai sikap yang tidak pernah mengaku kalah, ketekunan dan kerja keras akan mendatangkan keuntungan bagi diri kita sendiri.



"Selain itu, kegagalan tidak bererti kita sudah tiba di penghujung jalan, apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit semula dan maju ke hadapan," ujarnya.




Mempunyai sikap yang tidak pernah mengaku kalah, ketekunan dan kerja keras akan mendatangkan keuntungan bagi diri kita sendiri.



Selain itu, kegagalan tidak bererti kita sudah tiba di penghujung jalan, apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit semula dan maju ke hadapan.
- Encik Muhammad Hassanal Ruslan, lulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >