Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

ACARA INTERAKSI PEMUISI SEDUNIA

Isu belia, kesihatan mental digema belia SG di pentas puisi sedunia

Apr 25, 2022 | 06:00 AM



SERAMAI lima anak muda telah mengharumkan nama negara di pentas dunia puisi dengan mewakili Singapura dalam acara Interaksi Pemuisi Sedunia anjuran Pemuisi Nasional  Malaysia (Pemuisi) baru-baru ini.



Program yang berlangsung dalam  talian (pada 20 Mac lalu) menampilkan 30 pemuisi hebat dari 10 negara,  termasuk Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, Korea, Russia  dan Italy.



Singapura diwakili oleh Encik Fadhli Fadzil, Encik Irfan Azman, Cik Qistina Atira, Cik Sharifahtul Zahra Alsagoff dan Cik Syafiqah Aziz.



Menjadi wakil yang memaparkan  barisan pemuisi muda, penglibatan pemuisi Singapura ini menjadi tanda aras  kepada kesinambungan pelapis Singapura yang mengangkat martabat  seni puisi Melayu.



Program sempena Hari Puisi Sedunia 2022 ini dirancakkan dengan persembahan wakil Singapura yang pertama, Encik Fadhli Fadzil, 23 tahun, seorang guru pelatih dalam jurusan Bahasa dan Sastera Melayu dari Institut  Pendidikan Nasional (NIE).



Beliau mendeklamasikan sekuntum sajak miliknya bertajuk ‘Mencari  Krisalis’ yang dikarang beberapa  tahun lalu.



Menurutnya lagi, puisi ini adalah inspirasi daripada keinginan untuk menonjolkan perspektif belia Melayu  yang sering kali diremehkan di mata  masyarakat.



Dalam sajak ini, golongan muda dicitrakan sebagai krisalis atau kepompong yang sukar untuk berubah menjadi kupu-kupu yang diingini oleh golongan dewasa.



Salah seorang peserta seterusnya,  Encik Irfan Azman, 26 tahun, turut  mempersembahkan puisi karya beliau  berjudul ‘Mimpi’, yang diilhamkan  daripada kisah kanak-kanak yang  mengalami kemurungan pada zaman  globalisasi hari ini.



Berdasarkan puisi ciptaannya itu,  beliau ingin memberi kesedaran terhadap peningkatan kes penyakit mental yang membahayakan masyarakat  pada hari ini.



Selain itu, Interaksi Pemuisi Dunia  turut disertai oleh Cik Qistina Athirah  Mohamed Isa, 19 tahun, mantan pelajar dari Maktab Rendah Kebangsaan  (NJC) yang pernah memenangi  pertandingan Bisikan Pena tahun lepas.



Anak muda berbakat ini mula berjinak-jinak dalam dunia puisi sejak berumur 13 tahun telah menampilkan puisi  ciptaannya, ‘Bahasa yang Beralun’.



Acara ini juga diteruskan dengan  bacaan puisi daripada seorang lagi  mantan pelajar NJC, Cik Sharifah Fatimatu Zahra Syed Khalid Alsagoff, 19  tahun, yang bertemakan ‘identiti’ dan  diberi nama sebagai ‘Akulah Aku’. Puisi yang dibacakan mungkin singkat,  tetapi mengandungi mesej yang bermakna tentang kepentingan mengenali diri sendiri.



Wakil terakhir, seorang guru tempatan dan penggiat teater di Singapura  secara sambilan, Cik Syafiqah Aziz,  26 tahun, memberanikan diri menulis  puisi bebas pertamanya tentang cinta,  khas untuk acara malam tersebut.



Bercakap tentang puisi itu, beliau  menjelaskan:  



“Apabila saya berfikir sejenak,  mungkin ramai dalam kalangan kita  terlalu fokus kepada manusia sehingga  menjerat diri pada akhirnya.  



“Jadi, ia satu peringatan yang baik  untuk semua pendengar, termasuklah  diri saya, agar fokus kepada cinta  yang abadi lebih kekal daripada cinta  dunia yang sementara.”



Ditugaskan untuk memperkenalkan kesemua wakil Singapura, pengasas Pantunism, Encik Muhamad Shahril Samri, 33 tahun, mengucapkan rasa  terharu kerana diberi peluang untuk  menyerlahkan bakat pemantun muda,  khususnya dari Pantunism sebagai  pendedahan awal untuk mereka.



Beliau berkata:



 “Saya sangat gembira dan ingin  mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput  kami untuk memeriahkan acara Interaksi Pemuisi Sedunia.



“Pada malam tersebut, lima anak  muda dari Singapura menampilkan diri bersama karya yang ditulis oleh  mereka.



“Walaupun ada yang masih berumur belasan tahun, tetapi acara seperti  ini menjadi platform baik untuk  melatih dan menyuarakan pandangan  melalui karya-karya yang dihasilkan.  Pada masa yang sama, mereka juga dapat mengenali para pemuisi dari seluruh rantau dan dunia.''




“Walaupun ada yang masih berumur belasan tahun, tetapi acara seperti ini menjadi platform baik untuk melatih dan menyuarakan pandangan melalui karya-karya yang dihasilkan. Pada masa yang sama, mereka juga dapat mengenali para pemuisi dari seluruh rantau dan dunia.”



– Encik Muhamad Shahril Samri, pengasas Pantunism.




MENCARI KRISALIS



di kala sangkala merangkak masuk dan buana bertukaran musim sang pawana pun mencari saksi di mana perginya sang krisalis yang dulu bersidaian di deretan dahan lalu Mak Timah pun turut resah gelisah cempaka tidak mekar-mekar juga meski musim bunga sudah lama kunjung tiba.



Pak Mat kebun geleng kepala buah tidak pun ranum-ranum sang kesuma satu-satu melayu “manalah kepompong tempoh hari?” sepanjang hari sumpah seranah tak bertapis menuding-nuding jari salahkan cuaca menjadi punca “mengapa tak hujan-hujan?” sedangkan sendiri terlupa siram setiap hari.



datang pula Pak Imam yang disanjungi bercemar duli ke lembah umat marhaen bersorak-sorakan mereka seperti zaman taklid dulu diadu domba ke mana perginya semua krisalis dijawab imam tak usahlah dihiraukan “makin dibiarkan makin menjadi-jadi” dan bila ditegur bagaikan cacing kepanasan.



kian hari kian ragu



akhirnya jumpa juga sang krisalis di kebun jiran dahulu menggeliat-geliat menjamah cebisan daunan kini menari bebas ikut irama pawana mengepakkan sejuta warna kirana.



berputarlah lagi balada madah “kan aku dah kata” kata Pak Imam. “kata apa wahai Pak Imam?” belum sempat dijawab Pak Imam lintang-pukang dek seekor ulat di paha.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >